Saya rasa kelemahan murid dalam subjek matematik adalah bukan sahaja tidak menguasai fakta asas dengan baik serta memahami konsep matematik, tetapi mereka tidak dapat menterjemahkan ayat matematik kepada operasi yang sepatutnya bagi soalan penyelesaian masalah.
Seperti yang kita maklum, Kertas 1 dan Kertas 2 cuma ada lebih kurang 25 soalan berbentuk terus, tapi yang lain murid kena baca dan faham. Bila mereka faham suruh mereka kenal pasti kata kunci dan tukar kata kunci kepada operasi yang sepatutnya. Galakkan murid bina gambarajah atau jadual sebelum jawab soalan. kadang-kadang murid ni terus tulis jalan kerja tanpa faham pun apa maklumat dan apa yang diminta.
Oleh itu saya uploadkan beberapa nota yang saya bagi murid bagi membantu murid-murid di sekolah saya untuk kenalpasti kata kunci dalam soalan penyelesaian masalah.
Murid juga lemah dalam penukaran unit. Membaca penimbang pun tak pandai.
Saya harap nota saya sedikit sebanyak membantu.
No comments:
Post a Comment